Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, December 2, 2012

Sweetnya Cerita Istanbul Aku Datang

Happy Sunday uolls,

Erkss cuti pergi mana, shopping til drop ke or main masak-masak.

Haritu  pergi TGV tengok malay movie ISTANBUL AKU DATANG. Erksss alahai sweet sangat. Filem ni ala-ala GOL DAN GINCU dan PISAU CUKUR sebab pengarahnya pun sama iaitu Bernard Chauly. Alasan lain nak tengok cerita ni sebab Beto Kusyairi kan kan kan. TROLOLOLOL. Kawan-kawan dah tengok tak?




Cantiknya lah bandar Istanbul tu. Agak-agak bilalah boleh sampai sana. Dalam mimpi je la kot. Sobsss!

Lisa Surihani jadi Dian dalam movie ni. Alahai rambut style comel siap gulung-gulung lagi. Blogger tegar tu jangan main-main. Sikit-sikit update entry then.............................. published. XOXO.

Tomok pulak jadi Azad boyfriend Dian. Okla tapi kalau tukar dengan pelakon lelaki lain pun ok jugak hehe. Sebab tak minat Tomok. Aci tak?

Yang paling membuatkan cair mestilah bila tengok HAris lakonan Beto Kusyairi. Ending part masa dia tahan kereta tengah jalan sebab nak meluahkan perasaan kat Dian tu yang paling tak tahan. Cair lembik penyet.

Best. 4 setengah bintang. Kachenggggggggggggg!!

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

Nak tau cerita selanjutnya. Tengok jangan tak tengok.

Lepas tengok movie ni teringin pulak nak makan maggi asam laksa. ;p

‎'Istanbul Aku Datang' shows that a woman is not easy to give second chance to a guy who's cheating her even she loved that guy so much.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~