Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Thursday, November 15, 2012

Durian Crepe Memang Sedap Betul Tak Tipu

Assalamualaikum,

Hajat yang satu ni akhirnya termakbul juga. Yelah hari tu baru mengidam sakan. Yeay!!




Perghhh Zara pun tengok tak berkelip kelip apelagi mama. Nasib baik Nayli tidur kalau tak abisla dia nak semua.

Tetiba je durian crepe jadi fenomena kegilaan ramai. Siapalah agaknya yang mencipta resepi durian crepe ni. Tahniah kepada penciptanya. Durian crepe menjadi fenomena yang sangat mabeles. Sungguh berhantu.

Dapat jugak rasa durian crepe yang digembur-gemburkan. Itu pun atas kesudian kasih cinta sayang MAk Teh Nayli & Zara tolong belikan homemade lageww teww kat Kajang katanya. Awww. Thank you cik Sofea ;)

First impression time men' ngapp' rasanya memang sedap. Macam makan durian tipu pun ada jugak sebab kulitnya yang nipis sebijik macam kulit durian. Part isi pulak rasa durian yang diadun dengan cream pun sebijik macam makan durian. Cuma rasa duriannya tidak terlalu kuat sebab satu layer je yang lain semuanya cream. Ok whatttt tak muak sangat.

Mak Teh Nayli & Zara beli RM10 for 4 bijik. Mahalnye! 

Apepun sedap memang tak boleh dikata tapi takdelah addicted sampai makan tak kenyang, mandi tak basah. 

Harganya yang mahal membuatkan saya akan terfikir 10 kali kalau nak beli. KAHKAHKAH dasar haji bakhil sungguh.

Alaa nak buatnya pun bukan susah sangat. Jom kita kongsi resepi manalah tau ada yang baik hati lepas buat nak post sikit kat saya. Kecik tapak tangan, tapak dinosour saya tadahkan. TROLOLOLOL ;p

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang nak guna kaler kuning ke hijau ke)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

Senang kan? Cubalah buat lepastu post sikit kat saya teww teww teww. OkBai!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;

p

2 comments:

  1. famous skang pasal durian crepe ni kan..tak pernah try lagi..nampak gayenyer kn try ni..hehe

    ReplyDelete
  2. crepe dh jd fenomena dh,,n satu gigitan msti nk lagi n lagi,haha baru try tdi,,memg maveles

    saye pling suke cmpedak crepe=)

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~