Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, May 21, 2012

Posting Terbaik Di FAcebook Pada Hari Ini. I loike....

Thumbs up for posting by Dr Prof Muhaya kat Facebook hari ni. Ohsem! Really adore her.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26). Manusia berjaya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku. Mereka akan sibuk memperbetulkan diri sebelum memperbetulkan orang lain. Kisah nabi yg ada isteri yg engkar dan Firaun dgn isteri solehah adalah pengajaran. Kita memilih sistem kepercayaan dan cara kita melihat sesuatu mempengaruhi tindakan kita dan hasil kehidupan kita. Orang bijak sentiasa mengambil pelajaran orang kurang bijak sentiasa mencari kesalahan


Yes, totally agree perbaiki diri dulu, untuk mendapat yang terbaik. Solehkan diri dulu, 


untuk mendapat yang solehah.  Mungkin ada juga perempuan yang baik, mendapat 


pasangan yang jahat. Tapi kita kena ingat tujuan sebenar  perkahwinan itu, hanya untk


 melengkapi kehidupan agar lebih bermkna sebagai hamba Allah. Jgn lari dr cinta pada Dia,


 asas utama. Sememangnya mendapat lelaki yg baik adalah 'bonus' drpd Allah. Siapa yang


 tak mendamba mendapat ketua keluarga yang beriman, patuh kepada perintah Allah SWT 


dan bertaqwa kan?  Dalam perkahwinan pun, tak kira pasangan kita bagaimana, pasti akan


 ada ujian dari-Nya. Ada yg mendapat pasangan sama baik tapi akhirnya dua-dua 


terkandas, menjadi jahat dgn ujian Tuhan. Ada yag baik tapi dapat mengubah pasangannya


 yang jahat menjadi baik. Bermakna dia berjaya mengatasi ujian  Tuhan bukannya 


mengikut jejak jahat pasangan pada awalnya last-last dua-dua jadik jahat.  Ntahla zaman


 sekarang memang macam-macam. Laki bini orang pun selalu buat hubungan gelap 


dengan laki bini orang lain. Tak takut dosa kot memang dunia dah


 akhir zamanlah. Wallahualam.



Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p







 

1 comment:

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~