Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Monday, April 23, 2012

Menjenguk Payless ShoeSource, Sunway Pyramid Di Hujung Minggu

Salam Monday peep!,

Biasanya kalau berjalan sakan on weekend, Monday baru ada masa nak updated cerita. Yelah kat rumah mana lah ada masa nak update belog, lainlah kat opis memang banyak sangat masa. KihKih. Opsssss!

Biasanya jugak bila tiba hari Jumaat mesti para pekerja mithali macam saya gembira habis sebab weekend dapatlah berehat semahu-mahunya dalam hati selalu dah plan "eee weekend ni tak nak kemana lah, dah puas berjalan sana sini pergi kerja 5 hari seminggu". Tapi biasanya tu hanyalah omongan kosong je sebab bila hari Sabtu or Ahad kaki mesti gatal-gatal nak minta bawa berjalan gak. WakaWaka.

Hello, hello Sunway Pyramid here we come.

Saja nak bawa anak-anak dara kesayangan berjalan walaupun motif utama mamanyo yang nak berjalan ;p

Anak-anak sekarang kalau duduk rumah sepanjang hari mesti jadi gelisah tak menentu lepas tu mulut memanjang "jom jom jom mama". Hamboi mama borek anak rintik betul. Photostat nooo.

Adik dan kakak sama naik main tak nak balik. Tapi adik dan kakak tak main sesama. MAin sendiri-sendiri. Jatuh pun bangun sendiri.







Lepas tu kan. Jeng Jeng JEng.

I couldn't believe when I saw the PAyless shoe store right here in Sunway Pyramid. Fulamak!




Yelah dah banyak kali baca kat belog orang pasal kedai ni. Kesian tau kitew baru first time sampai sini tew. Ada banyak selection untuk dress shoes, wedges, handbags, pumps, accesories and kids section. YEay!!!




Konsep kedai yang sangat bagus sebab customer senang nak pilih mana satu kasut yang berkenan dalam hati. Bukan mak budak je yang rambang mata, budak kecit macam Zara pun rambang jugak! ;p


Melengkap kan misi. Chicken rice shop for lunch.


Mujurlah masa makan ni anak-anak tengah tidur kepenatan. Kalau tak kenalah makan gilir-gilir. HiHi. Chicken Rice Shop memang all time paberet. Kalau order set memang kenyang sampai ke malam la jugak.

Rainbow Delight Dessert. Pun sedap. Haishhh semua lah sedap. Kalau cakap pasal makanan saya memang tak memilih. Tolak batu & kayu ye. WakaWaka.


Biasalah weekend mengabiskan masa di shopping mall je. Ada anak-anak kecik yang sangat menghiburkan hati cemanolah nak jalan jauh-jauh. Walaupun tak shopping beli apa, window shopping pun theraphy yang baik jugak. Betul tak? Hooyeah!!

Sekian.

Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru Untuk Zara & Nayli ;p





   

 

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~