Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, March 30, 2012

Tolong Jangan Culik Anak Saya!

Masyaallah. Ape nak jadi dengan dunia sekarang.

Saya share dari petikan yang di baca kat Facebook Tiara Jacquelina. Pengalaman benar semasa dia tengah shooping kat CArrefour, JB. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar. It's real story!!! Ouch!!

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.


Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.



Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.



Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.



Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.


Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!


Semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita. Amin. MArilah kita sama-sama prihatin dengan keadaan sekeliling.

Sekian.


Tolong Click Mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nayli ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~