Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Saturday, March 10, 2012

Selamat Pagi. Breakfast Apa Hari Ini?

Sekali sekala mesti makan breakfast trademark rakyat Malaysia. 

Wauwweeee. Slogan diet start tomorrow bila menghadap menu macam ni. Yelah kalau hari-hari makan nasi lemak macam mana nak diet? Demox wek wek.




Baget dua minggu sekali baru pekena  menu nasi lemak ayam, kuah kasi lebih. yeay!! Gila nak makan hari-hari. Kolestrol tinggi eh nasi lemak kan banyak guna santan.

Tak sah dua minggu sekali jugak mesti pekena yang ini jugak. Pakej dengan nasi lemak lah.




Tak elok makan manis-manis ni sebenarnya especially untuk kanak-kanak.

Sebab tu lah berpaksikan pada laporan Kementerian Kesihatan 2011, setiap rakyat Malaysia di laporkan telah mengambil gula sebanyak 47kg pada tahun 2011. Secara purata, rakyat Malaysia mengambil gula yang terlalu banyak dibandingkan dengan negara lain. Contohnya, rakyat Jepun hanya mengambil 18kg gula setahun. Glurpsssss.

Dan jangan terperanjat dari info yang pernah saya baca pernah tak terlintas dalam otak anda bahawa kenakalan seseorang budak ada kaitan dengan pengambilan gula yang berlebihan? YEs, mengikut pakar perubatan pengambilan gula secara berlebihan boleh menjejaskan pertumbuhan otak seseorang kanak-kanak. Hal ini akan menganggu saraf mereka sehingga menjejaskan keseimbangan hormon menyebabkan kanak-kanak menjadi hyperaktive, gelisah dan nakal, senang mengantuk, kurang cergas dan mempengaruhi pencapaian pelajaran mereka. Ouch!!!



Bukan ukuran perut saya ye. Source google obesiti angkara makan banyak gula. Rakyat Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara-negara Asia TEnggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti.


*******************************************************


Awalnya bangun. Lagi awal dari mama.




Every morning Zara tak breakfast nasi lemak ok. Tapi Zara makan biskut Tiger. Ngaummmmmmm.

Bekalan pergi nursery mesti ada.



Mesti kena ada je makanan kat tangan sekarang.

Sekian.


Tolong Click mama Nak beli Hairband Baru For Baby Zara & Nay;o ;p

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~