Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, January 25, 2012

Hukum Penubuhan Bank Susu

Tengok tak Al Hijrah semalam? Ada perbincangan pasal Bank Susu Ibu.

Kesimpulannya: Bank Susu Ibu adalah Haram.


Share sikit kupasannya.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.
Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم

رواه أبو داود                                                                                    
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.
Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.
Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.


Saya jadi pelik bin ajaib bila ada kawan yang bertanya pada saya pasal stok EBM baby Zara dalam fridge. Kita kena faham apa itu bank susu ibu yang sebetulnya sebab ramai orang dah salah faham pulak sekarang ni. 

Kalau anda perasan sebelum ni Berita HArian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk for Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya adalah rakyat MAlaysia. Walaupun pertubuhan ini bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam mengenai hukum hakam mengenai ibu susuan. Ya, ini dinamakan bank susu ibu dimana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bermuzakarah dan berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu adalah berkait rapat dengan syarat pengharaman di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.

TApi sekarang ada yang dah salah faham dan mengatakan stok susu EBM yang disimpan dalam fridge itu sama dengan istilah bank susu. Isk Iskk. BAnk susu ibu itu diharamkan disebabkan pencampuran susu, percampuran nasab. Macam manalah ada yang salah faham pulak yang menganggap bank susu  itu adalah stok susu ibu dalam fridge. Stok EBM dalam fridge saya hanya untuk my baby Zara muchuk-muchuk lah. Tidak sama ok. Jangan salah faham tewww.

Happy breastfeeding untuk semua mommies yang awesome.

Sekian.
Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. oh baru tahu ada persatuan mcm tu. susah lah kalau main sesuka hati nak kasi susu kat anak org lain yg tak tahu menahukan. kalau nak bela anak org, tak salah kot kasi susu formula. bukan budak tu mati pon. cuma dia dpt zat yg sedikit kurang dr susu ibu. tapi kelakar pulak bila akak ckp ada org pertikaikan susu utk ur baby zara hehehe

    ReplyDelete
  2. eh, akma..saya yg salah faham post awak ni ke atau akma yg salah faham pasal HM4HB? HM4HB x kumpulkan susu daripada ibu2.HM4HB BUKAN bank susu. dia cuma satu medium utk parent offer / minta susu daripada parent lain. sekadar medium iklan je. lepas tu parent yg involve akan kontek sesama sendiri, berkenalan, & then dorg bleh decide sndiri samada nak teruskan atau tak..

    maaf kalau sy yg salah faham post akma.tp bila baca komen kat atas ni, saya risau nnt org yg baca post ni ingat HM4HB tu bank susu.

    ReplyDelete
  3. haa sbb tu saya ckp first time dgr ada bank susu. saya pon tak siasat apa HM4HB. will check it out after. kalau betul bank susu pon, tak sesuai dgn masyaratkat kita.

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~