Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Sunday, November 13, 2011

Mengenal Lembu Di Hari Raya Qorban 1432 H

Dah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidiladha bermakna dah seminggula cerita ni kena peram. Hiks!

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah menyambut HAri Raya HAji di Seremban dan telah selamat melakukan ibadat korban di kampung Kuala Pilah. Semangat pengorbanan yang telah dibuktikan oleh NAbi Ibrahim a.s dilanjutkan pula oleh umat Islam yang mampu untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan selama empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggan sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.

Ini lembu. Bunyi lembu moooo moo bukan quek quek. Sila jangan konpius ye anak-anak. Kalau lidah Nayli panggil lembu jadik aboooo. Ya, hari untuk mengenal lembu untuk kanak-kanak ribena. Yeay!!



Excited dapat balik kampung. Kampung ada pokok pisang, pokok kelapa dan segala jenis pokoklah. Binatang pun banyak ada ayam, kamben, lembu. Wauweeee. Kat kampung boleh lari sana lari sini. Ramai orang nak dukung, ramai orang nak layan. Syioklah.

Hey, hey, hey lari-lari pergi mana tu.





Acheem pun ada. Wah hensemnya Acheem siap berbaju melayu lagi.




Semua orang focus. Once a year je boleh tengok macam ni.




Lembu ditumbangkan. Selepas bersembahyang, upacara korban dimulakan. Lembu yang hendak dikorbankan disembelih secara beramai-ranai di kawasan masjid sebelum dibagi-bagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.




Disembelih dan dilapah dagingnya. Dalam 2 jam semuanya dah settle.





Dulu tak geng. Tengok Mak Teh dari jauh pun NAyli dah ca alif bott tapi sekarang ekhem ekhem. Wah dah jadik geng ye. Teman tapi mesra. Bolehlah babysit NAyli kalau mamanya nak shopping lalalalala~ Erksss. Yeay!!




*erksss apsal pic Nayli dengan mak teh macam nampak kemek je. Hiks!

Happy!!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~