Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Tuesday, October 25, 2011

Kaedah Memasak Makanan Bayi

Bila baby Zara tengah exclusive breastfeed asyik cite pasal susu je. Bila dah makan cerita pasal makan pulak. Hiks! Memanglah belog kan macam diary.

Ok ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Hari ni kan cuti so mari kita mulakan dengan rancangan mari memasak untuk hari ini. Eh silap saya tak reti memasak tapi saya sangat rajin buat baby food. Hiks!


Untuk siapa-siapa yang tak pernah buat puri untuk baby above 6 months meh saya nak cerita sikit. Boleh juga refer kat SINI. Mulakan dengan memasak sayur-sayuran / buah-buahan sama ada dengan mengukus, membakar, microwaving atau merebus. Saya biasa memilih kaedah mengukus & merebus.Tapi untuk info mengukus ialah kaedah yang dapat mengekalkan nutrien paling banyak. CAra mengukus, membakar dan merebus juga membolehkan kuantiti makanan yang agak banyak boleh dibuat pada satu-satu masa.

Kaedah memasak makanan bayi.


Saja letak pic api baru nampak macam real sikit nak cerita pasal masak-memasak ni. Hiks!

Mengukus - kaedah yang paling digemari dan melalui kaedah ini juga kehilangan nutrien adalah minimum. Air yang digunakan untuk mengkus juga boleh digunakan kembali untuk stok dan juga membuat dicampur dengan puri. PErlu diingat semakin lama sesuatu jenis makanan terdedah pada suhu yang tinggi dan direndam dalam air makan semakin banyaklah kehilangan nutrien yang lebih tinggi. (Cuba bayangkan betapa banyak kehilangan nutrien dalam makanan bayi yang djual yang dimasak dalam suhu yang tinggi melangit untuk membantu memanjangkan jangka hayat makanan? Ouchhhh!)

Mengukus sebagai kaedah memasak juga membantu makanan mengekalkan tahap vitamin yang larut air. Vitamin larut air adalah penting dalam membantu dalam penyerapan zat besi. Mengukus membolehkan makanan dikelilingi oleh stim kerana ianya bukan direndam di dalam air. Jika makanan dimasak dengan cara panas mengelegak & merebus, kelemahannya adalah membawa kepada kehilangan nutrien (terutama vitamin yang larut air seperti vitamin B&C) Kehilangan nutrien ini boleh dikurangkan dengan mengurangkan penggunaan air ketika merebus dan jangkamasa merebus juga dikurangkan. Air yang tinggal boleh digunakan sebagai stok & membuat puri.

Boleh juga dimasak dengan memanggang di dalam oven dan kelebihannya adalah kuantiti makanan yangbanyak boleh  dimasak dalam suatu masa dah kehilangan nutrien juga dapat dikurangkan disamping makanan yang dimasak lebih mudah dihadam.

Jika menggunakan microwave pulak hanya sesuai dibuat dalam kuantiti yang sedikit saja. Apepun dicadangkan bahawa kaedah mengukus atau bakar merupakan kaedah memasak yang terbaik.

Jika merebus buah or sayur, anda boleh membuang cecair yang digunakan untuk memasak. Jika taknak buang dan ingin menambahkan bersama puri ketika di blend pun boleh jugak.  Menambah cecair ini juga membantu untuk mengekalkan mana-mana nutrien yang mungkin telah terlarut lesap ke dalam air semasa memasak.

Tetapi!!! Jeng jeng JEng.

(Jangan gunakan air yang digunakan untuk merebus  lobak merah atau lain-lain sayuran nitrat tinggi untuk bayi berusia di bawah 7 bulan. Baca lebih lanjut mengenai nitrat.

Untuk membuat puri buah atau sayur boleh juga menambah cecair. Taknak tambah pun boleh jugak ikut suka. Boleh jugak menambah susu formula or susu ibu kerana cecair yang di tambah ini akan menambah rasa pada makanan baby.

Apapun membuat puri tanpa menambah apa-apa cecair juga merupakan pilihan yang terbaik kerana khasiat & nutrien adalah lebih tinggi. Tapi kalau kurang tambah air dapat hasilkan puri pun sedikit je lah. Apepun tepuk dada tanya selera sebab kalau saya memang tambah air sebab baby Zara tak berapa suka makan puri yang terlalu pekat. Kalau tak nanti dia nampak macam nak tercekik je. Hiks!

Apap pun kena try & error baru tau apa yang baby suka, apa yang baby tak suka. TAk semestinya sekali kita masak baby tak nak makan terus cop baby saya tak suka makan then malas dah nak masak terus bagi nestum je sebab sometimes baby suka makan carrot tapi tak suka potato, suka apple tapi tak suka pear.

Apepun selamat bereksperimentasi untuk semua supermak-supermak. Anda semua memang mabeles-lah !!! Yeay!!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~