Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, August 10, 2011

Basic Accesories Yang Diperlukan Untuk Memulakan Sessi Pam Susu


Status anda:

First time preggy dan berminat mendalami ilmu penyusuan?

takpun...

2nd time preggy dan berminat mendalami ilmu penyusuan?

takpun...

arghhh tak kisahla berapa kali dah preggy pun tapi berminat nak mendalami ilmu penyusuan?

Mesti taktau basic accesories yang perlu beli? Saya tau dan faham sangat sebab saya dulu pun macam tu jugak. Sekali tengok kat internet online set pam ada macam-macam benda. Pulak tu set pam ada A, B, C, D kadang-kadang sampai X, Y, Z. Takdela tu tipu je. Pening kepala kejap. Mana satu yang paling bagus ni??? Peralatan apa yang wajib ada?

Sebenarnya dalam penyusuan susu ibu, pam juga adalah perkara penting. Especially untuk ibu yang bekerjaya. Yang terpaksa tinggalkan anak-anak kat babysitter or nursery. 8 jam sehari. Sobssss. Memng diakui untuk starting memerlukan perbelanjaan yang lebih sikit. Tapi untuk sekali tu je lah. Macam saya dulu starting gedebuk RM500++ dekat RM600 la jugak. Mahalllll giller eleh kalau shopping baju tak cakap mahal pulak. So breastfeed ni untuk orang kaya je ke? 

 *BUKAN-LAH!!!

Breastfeed untuk orang yang nak KAYA. Nak kaya kenalah JIMAT. Nak jimat kenalah EXCLUSIVE BREASTFEED.

Sebab saya tak kayalah saya nak breastfeed. Mula-mula dulu tak tau langsung khasiat susu ibu. Tapi ingat nak jimat lah. Jeles baca kat mag PA&MA mommies ada beratus botol EBM dalam fridge. Tak payah keluar duit beli susu tin. Macam best je.

Tapi bila survey harga pam, yaa ampunnnnnnn mahal giller macam tak jadi nak beli la pulak. Tapi bila baca khasiat susu ibu, selidik punya selidik, bak kata-kata dalam kellymom.com diandaikan seperti "gold water" tiada setanding harga & wang ringgit. Awwww.

So saya beli complete set Spectra 3. Senang semua ada dalam tu. Cuba bayangkan sebagai kegunaaan untuk long term, macam saya ni dari Nayli sampailah ke Zara. Sangat jimat aii tell u. Ingat susu tin murah ke haaaa?

Actually yang penting mesti ada backpack. Bagi saya penting lah takkan nak guna paperbeg kot. Back pack adalah beg untuk menyimpan pam serta aksesori untuk mengepam eg. botol, cooler beg & icepack. Senang nak bawa ke hulu & ke hilir especially untuk mommies yang bekerjaya. Style lah sikit walaupun rupa macam beg sekolah pun ada jugak. Hari-hari mahu usung pergi balik dari office.

Ada macam-macam jenis backpack di pasaran. 

YAng ni jenis Autumnz



Yang ni pulak jenis Jingle Jungle. 



Yang ni pulak jenis Moms Precious. Oh saya guna yang ini. Sangat berbaloi-baloi. Dah hampir 2 tahun dah. Digunakan untuk 2 generasi daripada NAyli sampailah ke baby Zara. MAsih elok lagi.


Lepas tu benda yang mesti ada ialah cooler beg. Cooler beg bertujuan untuk menyimpan susu yang diperah di office supaya sentiasa berada di dalam keadaan sejuk. Kalau kat office anda ada fridge ok jugak lepas perah boleh simpan dalam fridge, which is good. Tapi anda masih memerlukan cooler beg untuk meletakkan susu dalam perjalanan pulang anda dari office ke rumah kerana pertukaran suhu susu (kejap sejuk, kejap tak sejuk, kejap kat suhu bilik) boleh menyebabkan susu rosak. Opsss. 


YAng ni jenis Auntumnz cooler beg.



Yang ni pulak colorful cantik gitu harga pun mestilah cantik jugak. Jenis Hailey.




Ini pulak jenis Moms Precious cooler beg. Saya guna yang ini. Macam backpack jugak, cooler beg ni dah digunakan selama 2 keturunan, masih elok. Boleh simpan 6 bottles dengan 4 ice packs.



Perlu jugak ada icepacks untuk diletakkan dalam cooler beg. Saya ada 6 icepacks. 4 dibekalkan ke nursery, 2 lagi untuk kegunaan di office. 


Saya guna icepacks jenis Moms Precious. Setakat simpan susu selama 8 jam boleh tahan sejuk lagi. MAximum adalah 12 jam.




Juga yang diperlukan adalah peralatan untuk menyimpan susu eg botol EBM or plastic liner. Pernah saya cerita kat SINI.

Dan yang terakhir sekali kali mestilah ada pam. Tak kisah la pam elektrik, manual or battery operated. Cerita pasal pam pun pernah saya buat entry kat SINI. Saya adalah Spectra 3 user breastpump dulu kini dan selamanya. Sangatlah berbaloi-baloi.

Rasanya tu jelah peralatan yang wajib ada. Kan???? Kebanyakan peralatan saya beli online kat SINI je.

Eh ada lagi yang terakhir sekali iaitu positive mind set!!! 

So nak jimat tak???? Nak kaya??? Brestfeed la anak-anak kita. Tak payah beli susu tin, tak payah pergi klinik selalu Anyway to me, knowledge is more important than bf equipment. Carilah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu dulu. Dah ada ilmu lagi senang nak praktikkan.Yang penting niat dan usaha, memang banyak dugaan & cabaran time breastfeed ni tanpa ilmu or just ikut-ikut je memang tak akan menjadi. Janji jangan putus asa. 

"SEDIKIT SAHAJA PENGALAMAN SAYA, SEKADAR BERKONGSI APA YANG ADA"

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~