Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, April 29, 2011

Nayli Minum Susu Kaler Kuning

Tiba-tiba terfikir pulak mungkin ada mommies kat luar sana rasa saya ni mengada betul  asyik buat entry pasal susu je kan sekarang ni. Takde entry lain ke. Nak berlagak la tu. Eleh, semua orang menyusukan anak kot? Takdalah nak tunjuk bagai stok bersusun-susun dalam freezer. Hahahahaha! Sabar ye. Tak baik marah-marah tau.

Rasa-rasa mudah ke nak buat semua ni? Langsung tak mudah ok. Lagi-lagi bila dah nak start kerja next week. Dah mula fikir ni. Pagi-pagi  buta kena susun botol-botol bersih bersama icepack untuk bekalan di pejabat. Belum termasuk botol untuk bekalan ke nurseri.  Di pejabat, perlu perah kurang-kurang  3 kali ok, lepas tu bersih & cuci semua aksesori mengepam selepas setiap sesi.  Sampai je rumah, masukkan semua EBM  dalam fridge. Pastu sediakan untuk hari esok, balance EBM  hari semalam, naikkan ke freezer.  Lepas tu basuh pula semua botol-botol yang digunakan pengasuh, dan botol-botol selepas mengepam. Kena sterelize pula semua botol dan gadget pengepaman. 


Erk..anda yang tengah baca ni ada rasa semput tak? Haa tau takpe. Pastu barulah boleh baring-baring menyusukan baby. Esok, ulang balik cerita kat atas. Fullstop.


Buat Enchek Husband, terima kasih sangat-sangat. Hehe…tugas papa Zara ialah membasuh botol. Yeay! sehari lebih kurang 12 botol susu dan aksesori pump, tolong basuhkan. Lap u lah! Muahs :D
Stok EBM semua saye letak nombor. So bila dah berlambak macam ni senangla nak guna konsep FIRST IN FIRST OUT. Lambat nak belek date satu-satu.



Hari ni saya ada project baik untuk NAyli. So jom mulakan dengan stok frozen EBM nombor 1.




Cuba bandingkan kedua-dua stok frozen EBM ni.





Ya, satu kaler putih satu lagi kaler kekuning-kuningan. Yang kaler kuning tu adalah botol susu no. 1, perahan masa awal-awal bersalin dulu. Sangat bezakan?

REndam dalam air semalaman bagi memudahkan susu cair.



Keesokan hari bila susu dah cair sepenuhnya saya panaskan dan bagi kat Nayli sebab saya bercadang untuk bekalkan fresh EBM je kat baby Zara selama yang boleh. So susu perahan hari ni akan saya gantikan dengan frozen EBM yang saya gunakan untuk Nayli tu. Dah tak boleh tambah botol sebab fridge dah penuh. Frozen EBM ni tahan 3 months je takut lambat guna expired pulak nanti. Rugi je. 

MAcam biasa Nayli minum je susu tu  tolak batu & kayu sampai tertido. Hiks!




Alhamdulillah.

Sebab saya nak bekalkan fresh EBM je dulu kat baby Zara adalah kerana susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien & antibodi akibat proses pembekuan tapi komposisinya adalah jauh LEBIH BAIK daripada susu formula. 

* pulun giller nak buat yang terbaik untuk baby Zara & Nayli sampai cedera parah. Awwwwwww. Hopefully cepatla sembuh. Amin.

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

3 comments:

  1. untuk anak2 tersayang kan...sakit sikit pun tak apa la ye..

    ReplyDelete
  2. bestnya..harap aqil pun mcm nayli minum balik susu maria nnt...nak yg terbaik utk diorg..tp betul bukan mudah nak beri yg terbaik..tp tak susah..yg penting kita usaha..chaiyok..apepun kena tunggu bersalin dlu..harap di mudahkan..amiin...

    ReplyDelete
  3. Bestnya bila sy dpt buat EBM mcm ni..danish dulu tak smpt...

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~