Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, April 6, 2011

Jalan-Jalan Makan Char Kuew Tiau

Ada sorang kawan saye ni. Nama dia Sarah. Dia kerja kat KL tapi kampung kat Melaka.

Setiap kali nak balik kampung mesti singgah Senawang dulu. Nak pekena char kuew tiau Juara yang TERBAEK katanya. Katanya laa. Nak tau? Saya ni walaupun dah 10 tahun duduk Senawang tapi sekali pun tak pernah makan kat situ. Tak tau pun ada char kuew tiau yang sedap kat sini. Betul tak tipu. Phewww.

Semua info dapat dari Sarah ni la.

So bile dua purnama berpantang duduk kat kampung, memang banyakla mase nak pergi ke tempat-tempat yang menarik lagik da boom kat sini. Menarik ke? Arghhh bolehla. Tempat makan yang sedap tu kira menarikla.

So hari ni jom berjalan-jalan pekena char kuew tiau Juara. Sedap sangat kah? Boleh lawan kesedapan char kuew tiau Mali kah yang pernah saye pergi dulu.? Ooo saye ni memang hantu char kuew tiau ok. Sangat. Meh uji kesedapannye.

Kedai Juara tu kat deret-deret ni je. Kalau siape2 yang tinggal kat Senawang ni, kedai ni opposite Taipan Senawang je. Alaa dekat2 dengan Esso tu. Haa dah tau dah? Kalau tak tau jugak silalah cari sendiri ok. Haissshh.





Pukul 6pm kedai dah bukak. Dah boleh start ngap la.




Kedai ni satu2nye ade deretan meja kaler merah yang banyak macam ni. Masa saye datang kedai baru bukak. Pasal tu tak nampak sorang manusia pun lagi. Saye yang pertama ok. Wachaaa!




Spesel ke tak? Cuba jawab. Haa tengokla. Pinggan di alas dengan daun pisang. Barulah ada aroma sikit. Wah menarik. Tak pernah jumpe lagi. First time ok.





Char kuew tiau nye pula?

Memang sedap la. Cukup semua rempah ratus. Kuah pekat giller. Yang ni spesel punya.

Spesel bermakna ada kuew tiau lebih, udang lebih dan telur mata kerbau. Wahhhh! semuanya lebih lemak kat perut pun dah sah-sah terlebih punya! *Pensan jap. Rosak program dietku.

Tarik nafas balik.




Walaupun macam banyak di mata anda tapi sikit je untuk perut kami. Hiks!

Kami tu saya dan Enchek Husband je. Makan petang2 sambil ditemani oleh angin petang yang sepoi2 memang la best.

Kejap je dah habis. Yeay!

Pinggan yang penuh dengan udang tu Enchek Husband punya, pinggan yang takde udang tu saya punyela sebab udang2 galah saye semua telah ditransfer ke pinggan Enchek Husband. Takmola makan udang takut nanti gatal-gatal pulak.




Licin. Menjilat jari.

Minumannye pulak haruslah ini.

Saye adalah penggemar teh tarik ok. So yang belah kiri tu saye yang punya la. Fuhh siap berbuih lagi macam letak sabun Breeze pulak.





Kesimpulannya siapa yang tinggal kat area Senawang or Seremban bolehla try makan kat sini sebab memang berbaloi-baloi. Sedap.

Apelagi ye tempat-tempat yang menarik di kampung ku ini ye. Ok nanti saye bawa gi jalan-jalan lagi ye. Seremban tanah tumpah airku. Yeay!

Sekian.

Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

No comments:

Post a Comment

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~