Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Friday, March 18, 2011

Nak Minum Ke Nak Duduk?

Cerita bermula daripada ini.




Alaaaaa ni botol untuk minum air. Nayli punye. Ye mase makan mesti ade bekas ni. Untuk Nayli minum masa makan. Saye malas banyak sikit bagi Nayli minum dalam cawan. Sebab nanti dia punye tonggang cawan nak minum air bukan main lagi. Kalah orang besar. Last2 gerenti air tumpah kat baju. Haaaa kan dah basah baju. Lepas tu kena tukar baju pulak. Malas banyak kerja. Hiks!

Lepas dah makan, dah kenyang, Nayli belek2 la bekas air dia. Mesti dia fikir apelaa mama aku ni asyik bagi minum air masak je. Cube la sekali sekala bagi minum Sprite ke, Coke ke kan. Barulah boleh jadi kuat & sihat macam Ultraman. Hiks!




Oh saye memang bagi Nayli minum susu & air masak je. Rutin harian. Air yang manis2 ni strightly cannot bebeh. Tapi kalau mase outing tu selalu la terbabas. Yelah dah papa & mama minum takkan Nayli nak duduk diam tengok je. Bagi Ribena pun tak pernah. Sebab.... Ntah? Budak below 2 years boleh minum air macam2 ke ye?

Laa bukan nak cerita pasal air. Nak cerita pasal ni haa.

Kalau dah namenye kakak mesti orang ingat dah besar. Tapi Nayli adalah kakak yang masih kecil hokkay. Lepas dah minum ade hati pulak nak duduk atas bekas minuman dia.





Haa tengokla. Tengokla.

Silap-silap boleh pecah empat belas nanti bekas minuman ni kot. Eh altho 2 weeks je tak jumpe Nayli, tapi nampak banyak perubahan kat badan dia. Makin besar. Makin semangat dan yang paling makin adalah..... makin banyak ragam. Orang dah besar la katekan. 

Oh tempoh 2 weeks ni adalah tempoh yang paling lame dalam sejarah boleh masuk Guiness Book of Records  saye tak jumpe Nayli. Tak pernah tak jumpe Nayli selama ni. Rindu bangat.





Apelaa yang bestnye duk atas ni sayang. Isk isk. Kan banyak kerusi kat rumah ni.





Bile percubaan beberapa kali tak berjaya. Terus dah bosan. Buat benda lain pulakla. Nak kacau adik Zara la tu. Yeay! Tau sangat. Orang dah ade adik la katekan. Dulu main sorang2. Sekarang dah ade kawan, boleh main dengan adik ye.





Kadang2 kelakar jugak tengok Nayli ni.

Sekian.


Jom join HeartBeat. Memang berbaloi-baloi. TQ Bebanyak Sebab Sudi Click Kat Gambar Di Bawah Ini. Yeay!

4 comments:

  1. so sweet la nayli....mmmm, pengalaman ayu la kan, masa baru2 dapat danial dulu, hariz pun akan ada buat mcm2 perangai baru semata2 untuk tarik perhatian kita..ye la, adik duk tengok adik je...hehe..

    ReplyDelete
  2. nayli dah beso..kuat mamam..!!

    best2 bile tgk nayli d ah ade adik...hai la hadif..mau adik jugek kah???

    =)

    ReplyDelete
  3. ayu: oh patutla gelagat nayli macam2 skang ni. kdg2 pelik gak manela dia dapat idea buat aksi mcm tu. oo nak tarik perhatian ye.

    mama dadif: hadif sangat2 mau adik tuuuu =)

    ReplyDelete
  4. cara nayli tenung botol tu mcm aqil..em kalau aqil dia tak duduk atas botol tapi dia sibuk nak tuang air dr botol tu smp basah tilam lantai sumer..pastu die cepat2 lap dgn tgn..konon nak hilangkan kesan bukti..

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~