Jom Click Click

Nuff Ads

Jom Follow My Life & Love

Wednesday, November 10, 2010

Style Makan Dah Macam Orang Besar

Nowadays balik kerja amik Nayli di Nursery perkara wajib adalah panaskan bubur dan bagi Nayli makan. Selain daripada sebab NAyli semakin membesar & perlu makan lebih banyak saye akan rase lebih satisfied bile suapkan Nayli makan. Dulu Nayli makan 2x sehari pada waktu siang je. Malam tak makan. Sekarang dah up  ke 3x sehari.

Style makan NAyli dah berubah ok. LEbih advance. Semua nak buat sendiri. Tak main mama suap-suap dah.

Setiap kali acara makan bubur bermula saye perlu sediakan 2 sudu. Satu untuk Nayli, satu lagi untuk mama. Sebab NAyli taknak makan kalau mama suapkan. Dia nak suap sendiri walau ada kalanye lagik banyak bubur nasi yang tak masuk dari masuk ke mulutnya.




Eh terbalik la sudu tu sayang.






Haaa yang ni baru betul. Pandai anak mama ni.




So setiap kali NAyli leka dalam dunia menyuap bubur, saye akan selitkan sekali sudu saye ke mulutnya. Dengan cara tu lah dia akan buka mulut & makan bubur nasi tu. kadang2 tak habis, kadang2 makan tak sampai 5 sudu je. Biasenye pada waktu malam NAyli akan makan lebih kurang satu cawan penuh bekas dadih. Kadang2 tak habis, kadang2 makan tak sampai 5 sudu je.

Ini adalah bubur nasi lenyek + labu + ayam. Saye masih tak masukkan garam dalam makanan NAyli. Tapi saye letak bawah putih & bawang merah.



Pinggan makan pun kena gune yang kaca yang boleh ketuk2 bagi bunyi. Baru dia excited nak makan. Macam pinggan makan kite jugak. Kalau makan pakai pinggan yang comel2 baby-baby punye NAyli tak layan ok. HukHuk. Alahai.

Makin mencabar acara makan NAyli ni. Operasi sapu lantai pun perlu ditingkatkan sebab bile acara makan bermula mesti banyak nasi berterabur kat lantai.

Oh Oh. Anak Oh Anak.

Sekian.

2 comments:

  1. kalo dia tak ludahkan balik takpe...lil dadif konpem kalo dia kate namo..namo juge la...:)

    ReplyDelete
  2. Nayli kalau dah kenyang baru ludah. Takpun geleng2 kepala namo-namo. Hiks!

    ReplyDelete

Saya Yang Santeks Ni Nak Komen Sikit Oh La~ La~